Taiping, Perak
1.25 ekar
Rizab Melayu
Pegangan Selamanya
Geran Individu (nama perseorangan)
Dalam tanah ada pokok durian, manggis, rambai, rambutan, langsat dan lain lain.
Ada sumber air kecil dari bukit.
Ada tiang tnb terdekat. (Boleh tarik letrik)
4x4, atau kereta boleh masuk sampai tanah.
FAQ TANAH UNTUK DIJUAL
❓Adakah tanah ini dikelilingi jiran?
Tanah ini mempunyai jiran terdekat pada anggaran sekitar 150 meter. Dahulunya, tanah ini merupakan kebun/dusun buah-buahan dan bukan berada di kawasan perumahan. Namun kini, terdapat banyak rumah taman serta rumah kampung yang berhampiran (boleh disemak melalui Google Maps).
❓Bolehkah saya membina rumah di atas tanah ini?
Ya, boleh. Namun, kawasan ini agak sunyi dan lebih sesuai bagi mereka yang mencari privasi serta ketenangan. Walaupun kawasan perumahan lain tidak jauh, tiada laluan jalan terus kerana dihalangi oleh lot tanah lain.
❓Adakah keadaan tanah ini rata?
Ya, keadaan tanah adalah rata seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
❓Adakah gambar dan video yang dipaparkan adalah terkini?
Tidak. Seperti yang dinyatakan dalam TikTok, video tersebut diambil sekitar setahun yang lalu. Pada masa ini, tanah tersebut sudah tidak lagi diusahakan. Dan sudah tentu keadaan tidak sama seperti dalam TIktok mahupun dalam gambar. Ianya perlu diusahakan semula, dibersihkan.
❓Adakah ini geran individu?
Ya, ini adalah geran individu (bukan geran kongsi dan bukan lot lidi). Tanah ini juga boleh dibuat pinjaman bank, namun margin pembiayaan untuk tanah pertanian biasanya lebih rendah dan memerlukan tambahan bayaran tunai.
❓Adakah harga tanah ini masih boleh dirunding?
Ya, harga masih boleh dirunding bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.
❓Adakah kawasan ini terlibat dengan masalah banjir?
Setakat maklumat semasa, kawasan ini tidak mengalami banjir dalam tempoh setahun kebelakangan ini. Namun, pembeli digalakkan untuk datang sendiri ke lokasi dan mendapatkan maklumat tambahan daripada jiran terdekat bagi lebih kepastian.
❓Adakah tanah ini berhampiran dengan jalan besar?
Tanah ini terletak pada anggaran sekitar 500 meter dari jalan besar, melalui laluan yang terdiri daripada 80% jalan tar dan 20% jalan tanah biasa. Video perjalanan menuju ke lokasi juga tersedia di TikTok dan boleh diminta daripada Zihan Aziz (012-6203031).
❓Bolehkah saya datang untuk melihat tanah ini?
Sudah tentu boleh. Lawatan tapak amat digalakkan supaya pembeli dapat melihat sendiri keadaan sebenar tanah serta menilai potensi lokasi dengan lebih jelas.
Zihan Aziz
012 620 3031
REN 01732
Get more information about this property
Licensed Agent: Zihan Aziz
REN ID: 01732
You might also be interested in these properties